Johor Bahru, 22 Februari - SMK Bandar Uda Utama telah memulakan kecemerlangan kokurikulum 2014 apabila dinobatkan tempat ketiga dalam kategori deklamasi sajak, Pertandingan Deklamasi Sajak Dan Syair Bahasa Melayu Sekolah Menengah Peringkat Daerah Johor Bahru 2014.
Pertandingan deklamasi sajak yang dianjurkan di SMK Taman Universiti 2 itu telah disertai oleh 28 orang peserta yang mewakili sekolah-sekolah dalam daerah Johor Bahru. Wakil SMK Bandar Uda Utama, Amirah Syahirah binti Rizal dari Tingkatan 3 Amanah telah mendeklamasikan sajak Menggarap Mimpi Kelak, hasil nukilan Hanipah Nokman dengan penuh perasaan dan bersemangat.
Kejayaan ini telah meletakkan nama SMK Bandar Uda Utama sebaris dengan kecemerlangan sekolah-sekolah dalam daerah Johor Bahru ini. Adalah menjadi harapan kejayaan ini menjadi penyuntik semangat kepada pelajar-pelajar SMK Bandar Uda Utama untuk memburu lebih banyak kejayaan dalam tahun 2014 ini.
Amirah Syahirah binti Rizal |
Wajah ceria kejayaan |