NAIB JUARA MSSD JB U15







Pencapaian NAIB JUARA MSSD JB U15 sudah cukup membanggakan kami di UDA UTAMA FC kerana hanya 5 pemain tingkatan 3 dan 2 yang berpindah masuk ke SMK BANDAR UDA UTAMA atas kouta Program Kebitaraan Bola Sepak SMKBUU yang diletakkan bersama pasukan senior U18 sebagai pendedahan awal. 13 Pemain lain yang dipilih sewaktu kelas PJK oleh Cikgu Mohd Fahmie dipanggil dan dilatih sejak Januari bersama coach Zizan Jot untuk membentuk pemain pastinya bukan sesuatu yang mudah. Tetapi inilah DNA dalam NFDP, kita ambil pemain yang berbakat besar dan sederhana dan bangunkan. Alhamdulillah, cukup menjadi kepuasan buat kami. Terima kasih kepada berisan pentadbir dan rakan-rakan coaches NFDP JB yang sentiasa menyokong dan membantu dari aspek kejurulatihan UDA UTAMA FC. Kredit juga buat coach Kaviarasu Muniandy (SSTMI) dan coaches SSTMI yang memberi peluang 4 pemain terbaik U15 kami berlatih bersama skuad SSTMI U15 selama seminggu dan memberikan tunjuk ajar kepada mereka.

#udautamafc2019
#nfdpJB

No comments:

Lokasi Sekolah